BAHANA GBP. TERUS BANGKIT, JANGAN MENYERAH.

106

Sepanjang minggu ini, banyak kita lihat posting-posting dari kawan-kawan FB dan juga Instagram saya kisah trading akaun mereka yang terkena dengan Margin Call/ Stop Out gara-gara penangan pair GBP. Tak kurang juga di pihak saya melihat pelanggan yang terus mendepo dan depo lagi ke akaun untuk top up, dengan harapan market rebound dan beroleh keuntungan pada posisi counter trend yang mereka buat ke atas pair ini. Tapi malangnya, ia terus jatuh dan jatuh dan akhirnya membawa kepada MC. Salam Takziah.

DEPO & WD DENGAN LD FBS MALAYSIA

MUDAH, PANTAS DAN TIDAK BERMASALAH BILA NAK WITHDRAW

Ramai betul yang terkena dengan pair Pound ini, sama ada manual atau EA (Expert Advisor). Penurunan yang menegak atau vertical berpanjangan tanpa retracement yang ketara telah menyebabkan banyak akaun client menjadi aruah secara tiba-tiba. Bermula hari Isnin, market terus jatuh dan jatuh. Seolah tidak ada lantai support yang kuat.

Banyak faktor yang mempengaruhinya, terutamanya faktor Brexit yang tidak berkesudahan dan juga perlantikan Perdana Menteri Britain yang baru memberikan banyak ketidakpastian dalam pasaran matawang dunia. Apapun, persoalan asal harus diambilkira, berpunca juga dari perkara asas dalam trading iaitu Analisa yang kurang tepat serta Money Management, Mindset dan Strategy trading yang salah…..mungkin.

Disebalik sesuatu ada sesuatu. Banyak hikmah dan pengajaran yang perlu kita ambil dalam episod ini. Trading Forex tidak semata-mata berkenaan urusan klik button BUY dan SELL sahaja. Bukan juga sesi posting biru di wall dan membisu apabila MC. Trading adalah proses pembelajaran yang berterusan dan ilmunya adalah dinamik dan tidak statik. Ambillah pengajaran dari episod ini dan lakukan post mortem (bedah siasat) kenapa kita loss, kenapa kita MC. Apakah yang kita sepatutnya buat tempohari untuk mengelakkan kejadian MC ini. Tidak ada seorang pun dalam dunia ini tidak pernah buat salah. Yang penting kita menerima kesalahan dan kekalahan ini. Buang perasaan ego, terima kekalan dengan terbuka, kaji punca kekalahan dan bergerak kehadapan (moving forward) di atas pengalaman yang getir ini.

Jangan mudah menyerah, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Teruskan belajar dan belajar, teruskan memperbaiki SOP trading anda, tajamkan analisa dan skill membaca gerak-geri market dan akhir sekali jangan lupa Berdoa kepada-NYA. InsyaAllah ada jalan keluar…..

BUKA AKAUN FBS DAN DAPATKAN USD100 PERCUMA

 
Jangan jadikan tragedy ini sebagai satu trauma untuk anda memasuki pasaran. Sekiranya akaun anda dah MC, teruskan melihat MT4 dan beranalisa. Gunakanlah akaun DEMO FBS buat sementara  Berlatihlah dengan akun demo terlebih dahulu sebelum menggunakan akun real semula, teruskan mendapat rentak dalam trading anda. LAWAN TETAP LAWAN!

Jangan Mudah Menyerah
Bangun Kekuatan Trading Anda
Learn – Trade – Earn

NAJMULDIN BIN HAMZAH

FBS MALAYSIA LOCAL DEPOSITOR
FBS: Always by your side

================================================================

NAK DEPO FBS?
SILA GUNAKAN PERKHIDMATAN LOCAL DEPOSITOR FBS DENGAN KAMI

Hubungi kami melalui, klik salah satu logo dibawah :

          

Belum ada akaun FBS? … Buka akaun FBS anda dengan kami di sini untuk pelbagai tawaran menarik.

Leave A Reply

Your email address will not be published.